Social Icons

Pages

Featured Posts

Monday 28 September 2015

Aku dah terjebak dgn Tone Excel!

Assaamualaikum w.b.t,

Alhamdullllilah, masih diberi masa & kesempatan menulis diruangan yg tidak seberapa ini.
Dan terima kasih bebanyak kpd sahabat2 yg masih sudi singgah dan membaca di blog ini.

Juz nk sharing..erm, tgk tajuk pun dah tau nak cite ape kan..

Iya, sedar tak sedar..aku pun dah terjebak dgn tone excel nie..upline yg promote tone excel nih bos kt tempat aku kerja..hu2.

Bukanlah paksaan tp dgn rela hati..*_*


Ok, kalo nak cerita pro & con program nih rasanya aku bukan yg terbaik utk bercerita coz masih hijau & setahun jagung lagi dlm penggunaan simcad tone excel nih.

Cuma apa salahnya mencuba..even kate org ratenya mahal ckit, tp die ada referral program utk menjana pasif income.

Dan jika dilihat 5 tahun kebelakang (2010-2015) aku guna pakej postpaid dari celcom dgn monthly commitment RM100 (lebih tak lebih aku bayar takat itu je)..dan secara jujurnya aku amat berpuas hati dgn plan postpaid celcom tersebut.

Jadi secara kasarnya aku dah spend RM100 x 12 bulan x 5 tahun = almost RM6,000.00 utk bill phone selama 5 tahun ini.

Maybe dgn same amount & commitment aku boleh capai something dgn pelan pemasaran tone excel nih utk  5 tahun ke depan..^_^ mudah2an insyaAllah..!!

Bila dtg plan marketing yg menarik mcm nie..why not kita cuba kan? dan berapa lama ketahanan (sustainable) syarikat & program nih..wallahualam..tp pastinya selagi ada supply & demand, bisnes & produk itu akan berterusan.

Dan utk makluman juga, network tone excel ini akan pickup coverage celcom..itu mungkin salah satu sebab confident sikit nk join kerana experience dgn coverage celcom sblm ini amat memuaskan.



Apa, kena cari downline? Iya, lagi satu katanya kena cari downline..baru boleh pergi jauh dalam bis tone excel nih..

Erm..maybe betul coz itu selari dgn tagline simcad itu sendiri --> prepaid that pays! (korang kena clear betul2 sblm subscribe simcad & pelan nih).

tapi buat masa nie..target aku nk cuba try pakai dan tgk feel die dulu mcm mane..if ok, baru boleh cite kt orang lain..kalo tak ok, nak cite pun segan beb!

Kalo korang nak study apa itu tone excel, cuba2 lah jenguk link di bawah ye:

Klik disini --> Tone Excel

Ok lah, itu shj coretan buat masa ini..insyaAllah jumpa lagi dlm entri yg seterusnya.

Wassalam..

Wednesday 23 September 2015

PA system & Karaoke Family Day - JPS KKB - Kuala Linggi

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah..berpeluang menulis sekali lagi di dalam blog yg tidak seberapa ini.

Dan tq kpd sahabat2 yg sudi singgah dan membaca coretan di dalam blog ini.

Ok, entry kali ini just nk share..latest event PA system & karaoke yg kitorg dipanggil untuk menjayakan bersama iaitu family day JPS KKB, di KM Chalet Kuala Linggi, 29hb Ogos yg lepas..

Ok, spt biasa saya & kwn saya Mr Que akan bertugas utk set-up & setting PA system sehingga mendapat sound yg umphh!!

Apa mksd bunyi umph!! tu..pd pandangan saya, sound umphh itu yg sedap di dengar dan selesa pada pendengaran telinga ..=)

Just nice bak kata org putih

Orait, kt sini just nk share sedikit pic event dinner itu tengah berlangsung..event start dlm pukul 8pm


Event dinner sedang berlangsung - msg2 sedang mengambil tempat



Weapon yg digunakan utk event..=)


Abg2 PA sedang bertungkus lumus memastikan event berjalan lancar..^_^ 
Sempat lagi wefie satu kali..!!

Ok, rasanya ini sahajalah coretan buat kali ini..jika ada yg berminat boleh hubungi no di bawah. 
Buat masa cover area Melaka shj ye..

Abg baju ijau (zam): 013-3888637
Abg baju hitam (que): 013-3103241

Ok, insyaAllah jumpa lagi utk entri akan dtg.

Wassalam..

Monday 14 September 2015

Kenali Potensi Diri --> why factor..!!

Assalamualaikum..w.b.t

Hye, lama tak post sumthing kt blog nie..nampak gaya mcm dah bersawang sikit..he2.
Anyway, terima kasih kepada yg sudi singgah dan membaca blog yg tidak seberapa ini.

Erm..sebenarnya ada persoalan yg sedang bermain di fikiran buat masa ini.
Apa potensi sebenar diri kita?

Agak2 korang ada jawapan tak kalo ditanya apa sebenarnya potensi diri korang? hu2..berat juga nak jawab kan.

Persoalan ini berpunca drpd seminar Dr Azizan yg aku sempat pegi aritu..mungkin ada benar kata2 beliau.

Mostly ramai dikalangan kita dah parking dlm comfort zone so kita malas nk ubah ape2 dlm kehidupan kita.

Jika tak percaya, throw back kembali life kita 5 - 10 tahun kebelakang..ada ape2 perubahan @ pencapaian membanggakan yg kita dah capai dlm tempoh itu..

Jika rutin kita masih sama, jika life kita tetap sama..maknanya kita dah masuk dlm comfort zone selama ini..^_^

Same mentality, same action, same result..!!



Iya, so first thing yg Doc ajar..kita kena jelaskan matlamat yg kita nk kejar @ capai.

Ia lebih dikenali sbg 'why factor'..!!

Setiap orang ada 'why factor' tersendiri.. mengapa kita perlu capai matlamat @ impian tersebut, tepuk dada tanyalah hati masing2.

Jika 'why factor' kita itu cukup besar atau kuat, insyaAllah ia mampu menolak kita ke arah 'why factor' tersebut supaya mengambil tindakan dan memberi komitmen.

Apabila sikap kita dah ada perubahan menuju ke arah 'why factor'..itu yg dipanggil anjakan paradigma..^_^



Dan jika dlm perjalanan tersebut, kita mula rasa penat, putus asa, patah semangat..ingat kembali apa yg Allah telah fimankan di dalam Al-Quran


Sesungguhnya, kita ini adalah sebaik-baik mahkluk & kejadian ciptaan Allah s.w.t..so sebenarnya dlm diri kita ini ada seribu satu potensi yg perlu kita terokai dan selami dlm jiwa.

Dalam sesi juga Doc ada menayangkan temubual & video dari mereka2 yg telah berjaya iaitu mereka telah melepasi comfort zone dan menggapai matlamat & impian mereka.

Sbg cth: baca kisah salah seorang yg telah berjaya iaitu saudara Khairul Nizam Bin Wahiddin, 26 tahun pada link di bawah:

OKU Mampu Jana RM300,000 Sebulan ( Apa Lagi Alasan Kita? )


Erm..segan juga kan..kita yg rasa diri ini nie sempurna tubuh badan masih lagi terbuai2 dgn kehidupan sekarang yg tiada perubahan.

MasyaAllah..sgt membuka minda dan menyentuh jiwa..-_-

Ok, itu shj rasanya coretan buat masa ini..ingin kembali menyambung mencari potensi diri yg ada dlm diri ini..he2.

Mudah2an ketemu..

Orait, jumpa lagi dlm entri yg seterusnya..insyaAllah

Wassalam..

Friday 24 July 2015

Bagaimana Melatih Penggunaan Otak Kanan Anak --> Shichida Method

 Baru-baru ini ada terbaca berkenaan satu kaedah utk melatih anak kita menggunakan otak kanan mereka dan kaedah tersebut dgrnya diuruskan & diperkenalkan daripada negara matahari terbit Jepun..

Erm..kalau dari Jepun mesti kita terbayang negara & penduduknya yg berdisiplin, kuat semangat, pembersih, tepati masa, mata sepet, kulit putih, comey2 dll.

Oklah, kaedah tersebut dikenali sbg Sichida Methods --> melatih anak2 berfikir menggunakan otak sebelah kanan. 

Mengikut kajian mereka, penggunaan otak kanan nih sebenarnya  lebih efektif dari otak sebelah kiri..latihan dan praktis kaedah yg betul amat penting sejak dari kecil..^_^ Dan lebih hebat kalau anak2 kita ini mampu mengimbangi otak kanan & kiri mereka..mereka akan jadi anak yg genius, insyaAllah. 

Menjadi tanggungjawab kita sbg ibu bapa untuk mengembangkan potensi yg ada dalam diri anak dan membantu mereka membuat persiapan terbaik untuk menghadapi masa hadapan..bak kata org dulu2, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya"..kalau udah jadi buluh, ape nak buat lagi yob..

Baiklah jika ingin pembacaan lanjut boleh melayari websitenya: http://www.shichidamethod.com
Step kt bawah ini merupakan antara perkongsian daripada mereka2 yg pernah pergi kelas Sichida Method ini.. Sila2 kan  membaca, hadam & mula praktis kt anak2 kita..^_^

1. Bercakap sepenuh hati perkara positif ketika anak nak tidur..
                                  
Sewaktu anak dah mula mamai nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die dgn sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb --> semua perkara  yg baik2 dan mahmudah..^_^
Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur.  Tapi ingat, kena buat dgn seikhlas hati. Jgn sesekali buat ketika tgh marah @ geram dgn anak. Biar perkataan itu lahir dari hati kita yg bersih dan ikhlas, insyaAlah..
Kalau anak kita tu dah tidur , ramas-ramaslah sedikit jari atau tangan dia, macam picit2 supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. 

2. Start guna cards untuk ajar anak.
Beli flash card kat kedai atau buat card banyak-banyak dan tunjuk kat anak dengan cepat2.
Contoh flash card yg ada dipasaran --> ABC, 123 dll
InsyaAllah, anak2 akan lebih cepat dapat sebab bila kita tunjuk kad secara laju atau cepat2, otak kanan mereka akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu.
Sori mama, saya tgh lapo nie..saya mamam dulu flash card nie ye.

3. Gerak kerja tangan anak.
Gerak kerja tangan anak adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak2 main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. 
Memang rumah bersepah sikit dan kite yang kene mengemas balik tapi biasa lah tu kan..^_^
Satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnye rama-rama, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi, kaedah ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

                              

4. Jgn marah-marah atau tengking anak
Apabila kita marah @ tengking anak, ikut kajian anak boleh simpan semuanya dalam otak kiri. kalau kita termarah @ tergeram dan segala terrrr kt anak..minta ler maaf semula dengan seikhlas hati..tak rugi pun minta maaf dan turunkan ego ckit, anak2 tentu akan lebih sayang & hormat kepada kita..insyaAllah


5. Ajar anak berimaginasi
Berbual selalu dengan anak walaupun kita sendiri tak berapa nak faham apa die cakap atau sambung apa kita cerita..
Cth kita buat @ reka2 cerita, biarkan mereka sambung..apa pun yg mereka cakap kita iyakan shj. habis shj mereka cakap, kita sambung balik cerita itu..layan anak2 mcm teman & kawan.. 
                       

6. Main teka-teki ngan anak
Contohnya letak barang dalam kotak and suruh anak teka apa benda tu. 
First few times boleh bagi hint sedikit2 macam bagi tau colour, bunyi, bentuk dlm kotak itu.
Lama-lama anak kita boleh develop sixth sence by concentrating. Anak boleh teka apa benda dlm kotak tu. 
                      
Ini semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat, semua game yg kita main dengan dia hanya dalam tempoh setengah jam shj, tak perlu lama2.
Pesanan ikhlas
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks. 
Buat kena ikhlas , kena buat dengan sabar. Jika Allah s.w.t izin anak kite jadi pandai, Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..
Lagi satu apabila berkata kepada anak2, kena sentiasa keluarkan perkataan yang positif..contoh..”jangan bising” kepada “tolong senyap”

Dlm Islam sendiri pun menggalakkan kita ibubapa bercakap2 @berdoa perkara yg baik2 kepada anak-anak.

Ok, rasanya itu shj sedikit berkongsian buat masa ini. Jika rasa bermanfaat mohon sebarkan dan kongsi kepada sahabat2 yg lain.

Wassalam.  

Saturday 18 July 2015

Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa

Assalamualaikum semua..

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa..
Tiba syawal kita rayakan dgn rasa gembira..^_^  tanggal satu syawal tahun ini jatuh pada 17hb Julai 2015
 
Alhamdulilah syukur kpd Allah s.w.t..selesai sudah kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini dgn jayanya..mudah2an Allah memberi kesempatan kita bertemu Ramadhan tahun seterusnya.

Baiklah..memandangkan kita baru melangkah ke bulan Syawal & mood Ramadhan masih ada lagi, apa kita kite cuba jenguk2 tarikh yg kita digalakkan @ disunatkan berpuasa sepanjang tahun mengikut kalendar Islam.

Mgkn sebelum ini kita tak berapa alert pasal tarikh puasa nie..bile dah dekat dan ramai post kt fb @ media sosial..baru ler tahu..oo rupanya tarikh ini hari kebesaran Islam & disunatkan berpuasa..oo nasib baik ada org share..*_*

Ok, mari kita lihat same2  tarikh2 tersebut..mungkin boleh dibuat reminder dalam phone @ dicatatkan dlm diari..

Mudah2an..^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)

          ~ Seperti puasa selama setahun

2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.

3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah

          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya

4.       Puasa pada bulan Muharram

          ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari

5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram

6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram

          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu

          ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari    

             selepas.

          ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)

7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.

8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban

          ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan

9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15

11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

          ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut                            

             dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka

          ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya               

             hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada       

             segala dosa


Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)

Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Saturday 11 July 2015

Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum..

Apa kaba kawan2 semua..harap semua sihat hendaknya..

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di ruangan saya yg tak seberapa ini. Sambil2 singgah tue jemput2 ler membaca ape yg patut ye..sambil2 tu..cer klik kt iklan nuffnang kt atas, tepi & bawah tue..haa, besor pahalanya kalo niat sedekah kt org lain bulan2 puasa nie..^_^

Ok, hari ini rasenya ingin berkongsi sedikit ilmu yg dikutip dalam seminar Hidup Luar Biasa, Dr Azizan Osman pd bulan Mei 2015 yg lepas. Bak kata Dr, hidup ini kena bermanfaat kpd org lain dan sampaikan manfaat sebanyak mane yg kita mampu..so, ape salahnya saya share sedikit tips & ilmu utk info kawan2 semua.



Ok, nota kt atas tue adalah point yg saya nak sharekn dgn kawan2 hari ni. Kita start dengan yg paling bawah dulu bawa ke atas..ok bole eh?

So, kt bawah sekali kita start dengan:

SUASANA / HASIL / OUTCOME:

--> Suasana atau hasil tersebut menggambarkan siapa diri kita hari ini. So, pls check diri masing2..mungkin hari ini kita adalah seorang engineer yg berjaya, seorang peniaga online, usahawan, seorang student, suri rumah, mempunyai kereta yg hebat, mempunyai rumah banglo dll lagi..so, semua itu menggambarkan suasana @ hasil diri kita pada hari ini..

TINDAKAN / KEPUTUSAN:

--> Baik,  jika kita dah check suasana @ hasil diri kita hari ini.....semuanya berpunca daripada tindakan & keputusan yg telah kita buat sebelum2 ini.

Maksud Dr Azizan, jika kita bekerja makan gaji hari ini, pastinya sebab dulu kita yg membuat keputusan & tindakan utk memohon kerja, menghantar resume, pergi inteview dan akhirnya diterima bekerja.

Cth yg lain spt kita memiliki sebuah kereta Myvi..pastinya kita sendiri yg membuat tindakan & keputusan utk membeli kereta jenis Myvi, dan kita yg apply loan bank utk kereta tersebut.

So, SUASANA / HASIL / OUTCOME kita hari ini berpunca daripada KEPUTUSAN & TINDAKAN kita sebelum ini

Kita tak perlu salahkan ibu bapa, jiran2, kawan2, kerajaan dan sesiapa sahaja atas diri kita..sebab kita yg bertangungjawab..^_^ (mcm serius lah plak bunyinya)

Orait, kita pergi ke next point..


KEINGINAN (DESIRE)

Tindakan  & keputusan tadi dipengaruhi oleh --> EMOSI atau lebih mudah kita fahami sebagai KEINGINAN (DESIRE).

Baik, ambil cth pasal kereta Myvi tadi..dari awal lagi anda telah mempunyai keinginan (desire) utk memiliki kereta Myvi tersebut, so anda membuat keputusan & tindakan  utk apply loan bank dan membeli kereta tersebut..*_*

Bagitu juga dgn pekerjaan, setiap kita mempunyai cita-cita dan impian tersendiri, so keinginan (desire) dalam diri tersebut akan mendorong keputusan & tindakan anda utk mendapatkan pekerjaan itu.

Sama juga spt usahawan2 yg ingin memulakan perniagaan, keinginan (desire) yg kuat mendorong mereka utk membuat keputusan & tindakan yg berani untuk berniaga.

Orait, kita pergi ke last point..alhamdulilah..

MINDA

Keinginan (desire) tadi sebenarnya berpunca daripada MINDA kita. Ini merupakan sebenarnya kunci kepada siapa diri kita hari ini.

Menurut Dr Azizan, minda kita ini ibarat sebuah powerfull software dan kita boleh programkan mengikut apa yg kita inginkan.

Dats y kita kena selalu masukan segala yg positif dan mahmudah dalam hati & minda kita. Barulah nanti hasilnya juga akan menjadi baik..insyaAllah

Jika kita set MINDA kita utk menjadi seorang usahawan berjaya dlm 10 tahun lagi, insyaAllah keinginan (desire), keputusan dan tindakan kita bermula dari sekarang akan membawa hasil ke arah itu.

Begitu juga jika kita telah set minda utk bekerja sehingga umur persaraan, keinginan (desire), keputusan, tindakan, dan hasil yg berlaku juga akan mengikuti apa telah diprogramkan oleh minda kita.

Ingat semula, kita yg bertangungjawab atas diri kita sendiri..

Dan, akhir sekali bagi memacu minda kita utk menuju ke arah kejayaan dan luar biasa, itulah pentingnya ilmu @ konwledge @ information..!! sebelum memulakan sesuatu pastikan kena ada persiapan & ilmu. 

Jika ingin berniaga, pastikan anda telah ada maklumat secukupnya berkaitan perniagaan tersebut, siapa mentor yg ingin diikuti, kelas apa yg perlu dihadiri untuk perniagaan tersebut, siapa rakan networking yg boleh kita percayai dan lain-lain lagi..^_^

Akhir kata, jika ingin menjadi hidup luar biasa..teruskan mencari dan mencari..!! Jatuh dan naik itu lumrah kehidupan..namun pengalaman yg dirasai sepanjang jatuh dan bangun itu yg mahal harganya..dan ketika anda bangkit kembali dan berjaya..itulah selayaknya dipanggil HIDUP LUAR BIASA

Dan jgn lupa carilah bersama keredhaan Allah s.w.t dalam kehidupan ini,  dan semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia & akhirat..insyaAllah.

Wassalam..

Friday 10 July 2015

Panduan Servis Kenderaan & Rahsia Penjagaan Kereta

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah, bertemu lagi utk entri kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca diruangan yg tidak seberapa ini.

Baik, menjelang beberapa hari lagi kita akan meyambut hari kemenangan setelah sebulan berjuang menundukkan hawa nafsu dan berjaya menahan diri dari perkara-perkara yg membatalkan puasa..^_^

Iya, disamping kegembiraan dan keinginan yg meluap-luap utk menyambut hari lebaran, dah terfikir2 juadah dipagi raya --> lemang, rendang, ketupat, nasi himpit, kuah kacang, lontong, dll..adoi..!! tengah puasa nie beb..sabar2!  jgn sampai kita terlupa aspek keselamatan kenderaan ketika dlm perjalanan nanti.

InsyaAllah keluarga kita, mak abah, atuk, nenek, wan, tok nyang semua dah ready menunggu kita balik kg menjelang raya nie..so tanggungjawab kita pula pastikan perjalanan keluarga selamat pergi dan sampai ke destinasi yg dituju..^_^
Baiklah, di bawah ini nanti akan dikongsi tips2 apa yg perlu ditukar & diambil berat semasa membuat servis @ maintenance kereta.

Namun, sebelum anda membaca tips di bawah, ada beberapa rahsia penjagaan kereta yg pomen tak mahu anda tahu..*_*  Kalo ingin tahu apa rahsianya boleh klik pada link di bawah:


Ok, harap kawan2 sudah ada info dan hint bagi rahsia-rahsia penjagaan kereta..dan dibawah ini mari kita lihat apa pula tips semasa membuat servis @ maintenance kereta --> sumber dari forum kereta

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.


1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Sumber: forum kereta

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, harap sedikit info dan tips ini dpt membantu kawan2 dari aspek penjagaan kenderaan & semoga perjalanan balik beraya nanti sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Namun jgn lupa, tangunggjawab kita untuk pastikan kenderaan kita sentiasa berada dlm keadaan tip top..^_^, malah dengan sentiasa menjaga performance enjin &  kenderaan, kita sebenarnya dapat jimat ratusan malah ribuan ringgit utk membuat repair & maintenance kemudian hari.

So, saya ulangi sekali lagi..jika anda ingin mengetahui rahsia penjagaan kereta supaya kekal tip top & high performance..boleh klik dan baca link di bawah:




Ok, sekian buat masa ini..

Wassalam..  
 
Blogger Templates